Sabtu, 26 Mac 2011

24 perkara jgn dilakukan......elakkan...


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yg. Jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t

  1. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita

  1. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan

  1. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan

  1. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

  1. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan

  1. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan

  1. Jangan pakai kasut atau selipar yg. Berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

  1. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

  1. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

  1. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

  1. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

  1. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim

  1. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal

  1. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

  1. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa

  1. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita

  1. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w. t

  1. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat

  1. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan
  2. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin

  1. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama

  1. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA

  1. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui.


samat beramal.....

kenangan........:"")

Selamat berjuang..brothers..

Malam siang berlalu gerhana kesayuan tiada berkesudahan
Sejenak  ku terkenang hakikat perjuangn
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman3 harungi kehidupan
Oh indahnya
Berat rasanya di dalm jiwa
Untuk melangkah meninggalkn
Semua
Kasih  dan cinta yang terbina ia kan selamanya
Selamat bejuang sahabatku
smg Allah berkatimu
kenangn indah bersamamu xkan ku biar ia berlalu
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kt
hati ini sayu
mengenangkan sengsara di dlm perjuangn
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan
kedamaian n jua ketenangan
tetapi ku akur pada hakikat
suka n duka  dalam pejuangan
perlu ketabahan dan kekuatan keteguhan hati berlandaskan iman


selamat berjuang buat sahabat2 ku..berjuang tuk sesuatu yang pasti..sesuatu  menanti....(^__^)
lagu yang rterselit ribuan kenangan..huhu..:"


Selasa, 22 Mac 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Bottom of Form


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.




Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

*kopi teh.....

AkU taHU tP aKu MAhU (^_^)

Bottom of Form

Bismillahirrahmanirrahim..
 sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.( jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat) .


.................... aku tahu hidup dunia cuma sementara tapi seolah-olah aku hidup untuk selamanya

aku tahu segala amalan bakal dihisab, tapi masih kulupakan alam akhirat

aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan tapi maksiat masih berterusan

aku tahu solat itu penting tapi selalu memandangnya enteng

aku tahu solat itu tiang agama, tapi sering saja aku lewatkannya

aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja, tapi solat masih tak dijaga

aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran, tapi masih liat nak mengulang

aku tahu aurat itu aib diri, tapi masih x pandai menjaga peribadi

aku tahu cinta itu fitrah, tapi aku jadikannya fitnah

aku tahu apa itu dosa apa itu pahala, tapi aku seolah x endahkannya

aku tahu Allah sentiasa memerhati tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi

aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya, tapi aku sering berputus asa

aku tahu aku ini hambaNYA tapi masih hanyut dengan dunia

aku tahu azabnya api neraka, tapi masih kulakukan maksiat padaNYA

aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga tapi x berusaha untuk mendapatkannya ..................................................

Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu.. sedangkan Nabi bersabda: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.

1 tamsilan untuk sama2 kita renungi diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik???' .. Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer,pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama,kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga?? '..Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istoqomah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi....Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT,X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu...TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia??? Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way...

Alangkah hebatnya sahabat2 nabi dahulu dan Rasulullah sendiri. Pernah Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah: Rehatkanlah kami dengan solat. Di sini, saya ingin berkongsi 1 artikel yang pernah terbaca dalam mastika keluaran lama, seorang wartawan membuat liputan tentang kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan. Pada hari itu, beliau menghadiri majlis tahnik bayi. kerna bilangan bayi yang ramai, TG terasa letih berdiri lantaran usianya yang sudah lanjut. Jadi, beliau memohon ruang untuk berehat sekejap. apa yang dimaksudkan rehat itu? TG mengambil wudhu' dan mengerjakan solat sunat. Itulah rehat yang dimaksudkan oleh TG. Masya Allah, hebatnya keperibadian seorang ulama'. Kalau kita sendiri, mesti rehat yang kita maksudkan ialah dengan cara relax dan baring di atas katil, bawah kipas, tapi tidak bagi seseorang yang benar- benar meletakkan cintanya pada ALLAH.. Allahummaghfirli...

banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat padaMU. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU ampunkan dosaku terimalah taubatku sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..


Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.

Jika bukan kita siapa lagi? jika bukan sekarang bila lagi? Jika bukan di dunia, di mana lagi?? 


Top of Form

Isnin, 21 Mac 2011

kenangan dulu.......pos ladoi, hendrop, pulat, galang

Pos ladoi...post pertama yang ku jejaki..dan juga antara pengalaman pertama ku berhadapan ngn masyarakat orang asli..dan disitu jgalah aku kenal erti ukhuwah fillah ..disitu jua ku kenal erti perjuangn,,erti dakwah yang sebenar...saat itu begitu indah..disitulh tercatit  kenangan  terindah yang sukar untuk di gambarkan dengan kata2...
ayah2 ABIM pernah berkata.."sekali masuk post..pasti nok g lagi'..dan ku terpaksa akui yang kata2 itu memang benar..huhu..hati ini seolah2 terikatt ngn tugas2 begitu..selepas pos ladoi..disusuli ngn pos2 yang lain..dan yang pasti setiap pos2 yang ktowg pi  ada cabaran dan pengalaman tersendiri.

Rindu menggamit lagi..seolah2 memanggilku ke sana lagi...terbayang2 di ruang mata ini saaat menjejakkan kaki ...pengalaman ......rindu akan udara nyaman di sana..dikelilingi hutan..gunung2 yang menghijau..subhanallah..indahnya ciptaan Ilahi.....pi sana beramai2..macam2 oarang macam2 ragam..tp membawa satu matlamat...menyebarkan addin tercinta buat insan yang dahagakan mutiara2 indah tarbiyah agama....

teringat lagi .ssegala cabaran dan dugaan perlu  kami  tempuhi sebelum sampai ke sana. dengan jalannyer yang tak teratur,,eam..ku anngap itu cabaran biasa..Rasulullah s.a.w dan para sahabat  dulu sewaktu menyampaikan dakwah..perlbagai cabaran n dugaan yang baginda perlu tempuh....

haaa kt saner yang paling best sekliiii makan ubi kayu bakar n  ubi kayu goreng..sedapp..umpama makn ayam kfc.erkk..hihi...amek2 (panggilan untuk emak)  yang sentiasa membawa makanan2 untuk kami..xpun kami yang meminta amek2 bawakan..antara tugas yang mencabar mase tuu ....haa mengajar anak2 asli asas agama, ader yang nak join ader yang xnak. .bkn takat ajar anak2 orang asli..mak2 nyer pun samer..time tu bln  ramadhan..byangkanlah sahur.. puasa..terawikh kat dalam hutan..huhuhu..best..tenang..damai rase hati...laupun keadaan.mencabar ..byk aktiviti lasak yang perlu wat..tapi ajaibnyer ktowang x rase penat..lapar..dan sewaktu dengnyer lah walaupun terpakse mendaki bukit..berjalan jauh tuk pergi ke kampung2..dan yang paling, paling, dan paling ajaib lagi..langsung x ingat nak balik umah!!!..mase tuu fokus dengn tugas jer....subhanallah..

sudah bertahun ku tinggalkan tugas dakwah..dulu aktif dengan ABIM..sekarang x dah...hati memg nak join lagi..nak pi jumpe amek2..apak2..sayyid2..rase puas dapat bgi ilmu agama kat diowang walaupun sikit..

teringin sekali nak kutip pengalaman tuu lagi..tapii apakan daya....kekangan masa..kerja.membatasi.....


indahnya perjuangan..indahnya bergelar sang daie..tiada yang dapat memahami selain diri yang mengalami..pengalaman yang penuh memberi erti..akan sentiasa berada di hati..ku kan sentiasa mengigati..andai di panggil lagi..aku rela untuk menghadirkan diri....(^__^)

'JOM DAKWAH"....:)

stress ko?? maghi baco nih.kot2 lah xstress doh pahnihh (^___^)

Bottom of Form
Apabila bahasa kelantan diKLkan..haha


by JiEy AzMi on Monday, October 18, 2010 at 12:45pm (copy dari fb...harap maklum..hee..

baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..

Kantoi 1Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"


Kantoi 2Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…


Kantoi 3Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..


Kantoi 4kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang


Kantoi 5cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)


Kantoi 6cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.



Kantoi 7ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe


Kantoi 8kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”


Kantoi 9“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”



Kantoi 10Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......


Kantoi 11kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?




Kantoi 12peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...



Kantoi 13masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha



Kantoi 14masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"



Kantoi 15member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....



Kantoi 16ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"



Kantoi 17Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”



Kantoi 18Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]



Kantoi 19haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".


Kantoi 20aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghegi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"



Kantoi 21tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...



Kantoi 22aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"


Kantoi 23membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"


Kantoi 24budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....


Kantoi 25Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..


Kantoi 26Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....



Kantoi 27Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...


“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”



Kantoi 28dj radio: assalamualaikumpendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....


Kantoi 29ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."



Kantoi 30didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...



Kantoi 31ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....



Kantoi 32ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..


Kantoi 33mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "



Kantoi 34Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...



Kantoi 35pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.



Kantoi 36

aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta



Kantoi 37

maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...

saing aku : Bang ikan AYA ada?Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual laSaing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...

balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..



Kantoi 38teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"



Kantoi 39Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,

"weiii, diamla, BOSANLA


heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud



Kantoi 40so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :

" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)

member aku terguling reboh suko


Kantoi Tahap Dewa

Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :

"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...

Top of Form