Sabtu, 19 Mac 2011

Munajat Imam Ibn Atha'iLlah عنه الله رضي


Tertundanya pemberian
setelah engkau mengulang-ulang permintaan,
janganlah membuatmu berpatah harapan.

ALLAH menjamin pengabulan doa sesuai
dengan apa yang Dia pilih buatmu,
bukan menurut apa yang engkau pilih sendiri,

dan pada saat yang Dia kehendaki,
bukan pada waktu yang engkau ingini.

Tenangkanlah jiwamu daripada urusan kepentingan dunia, kerana segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah, janganlah engkau turut memikirkannya.


ilahi,
Sungguh mata hamba menjadi buta. Kerana tiada melihat pengawasan-Mu selalu ada. Sungguh rugi perniagaan hamba. Tiada dapat dari-Mu rasa kasih dan cinta.


Ilahi,
Aku datang kepada-Mu. Dengan tanganku yang fakir. Bagaimana aku berperantara. Padahal mustahil akan sampai kepada-Mu. Pada-Mu kuadukan diriku. Padahal tak ada yang tersembunyi pada-Mu. Betapa kumesti beri penjelasan. Padahal semua dari sisi-Mu jua. Mengapa aku harus kecewa. Padahal di hadapan-Mu aku selalu berdoa. Mengapa aku tiada menjadi baik. Padahal semuanya datang dari-Mu dan kembali kepada-Mu.

لو أنك لا تصل إليه إلا بعد فناء مساويك ومحو دعاويك لم تصل إليه أبدا ولكن إذا أراد
أن يوصلك إليه ستروصفك بوصفه وغطى نعتك بنعمته فوصلك إليه بما منه إليك لا بما منك إليه

Ertinya:Jikalau dikata bahawasanya engkau tiada sampai kepada ALLAH melainkan kemudian daripada fana’ (yakni lenyap) segala kejahatanmu dan hapus segala dakwamu, nescaya tiada engkau sampai kepadaNYA selamanya.Akan tetapi apabila ALLAH menghendaki menyampaikan dikau kepadaNYA nescaya ditutupinya sifatmu dengan sifatNYA dan ditudunginya peri kelakuanmu dengan peri kelakuanNYA,maka disampaikannya engkau kepadaNYA dengan suatu yang daripadaNYA kepadamu, tiada dengan suatu yang daripadamu kepadaNYA.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan